Creeper Creative ditubuhkan pada 19 November 2008, beroperasi di Damasara Damai, Petaling Jaya, Selangor. Creeper Creative merupakan syarikat milik 100% bumiputera yang diuruskan oleh Encik Mohd Fadzil Aripin.
Kini Creeper Creative beroperasi dengan lebih bersistem untuk mengemaskinikan urusan syarikat dan meningkatkan lagi pengeluaran pakaian. Creeper Creative berkembang pesat sehingga mampu mengeluarkan produk berasaskan pakaian yang serba lengkap. Hal ini sekaligus memantapkan lagi pengurusan pengeluaran dan perkhidmatan pelanggan.
Berbekalkan pengalaman dalam bidang merekabentuk dan pengeluaran pakaian, Creeper Creative mampu menghasilkan pelbagai jenis pakaian seperti kemeja, t-shirt, seluar, jaket, dan sebaigainya.
Kurangnya penglibatan bumiputera dan orang islam di dalam bidang pengeluaran pakaian adalah antara sebab utama Creeper Creative ditubuhkan. Oleh yang demikian Creeper Creative ingin membuktikan bahawa golongan bumiputera dan orang islam juga mampu berjaya jika disusuli dengan usaha gigih dan daya saing yang tinggi.
Oleh itu, hasil kerja terbaik dari kami sudah semestinya akan membantu meningkatkan imej pelanggan-pelanggan kami di mata umum.
www.creepercreative.com

No comments:
Post a Comment